Sunday 2 September 2012

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Silaturrahim Aidilfitri Darussyifa' Shah Alam 2012

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Silaturrahim Aidilfitri Darussyifa' Shah Alam 2012 diadakan pada hari Ahad, 2 September 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433, bertempat di perkarangan Darussyifa' Shah Alam. 

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta keluarga, En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan keluarga, Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Pusat, Ahli Jawatankuasa Darussyifa Shah Alam, serta muslimin & muslimat sekitar Darussyifa' Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan kemudiannya diikuti dengan Tahlil yang juga dipimpin oleh Tuan Guru. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan diakhiri dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara jamuan makan. Alhamdulillah majlis yang diadakan berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. 

Pihak Darussyifa' Shah Alam merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta keluarga, En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan keluarga, Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Pusat serta muslimin & muslimat sekitar Darussyifa' Shah Alam diatas kesudian untuk menghadiri majlis yang dianjurkan ini. Semoga majlis yang diadakan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Ustaz Manaf ceria menantikan sate siap dibakar

Ustaz Wan Suhaimi & Ustaz Manaf mula mengambil hidangan

Ustaz Haji Hanif juga tidak ketinggalan untuk menjamu selera

Rombongan Darussyifa' Pusat sedang menjamu selera

Para AJK Darussyifa' Pusat sedang menikmati hidangan

Tuan Guru bersama En. Shafiz serta AJK Darussyifa Pusat sedang menikmati hidangan

Tuan Guru  serta Rombongan Darussyifa' Pusat menikmati hidangan di meja VVIP

Jamuan yang disediakan dinimati bersama dalam suasana ukhuwwah


Tetamu jemputan muslimat juga tidak ketinggalan menikmati juadah yang disediakan

Suasana meriah sekitar jamuan Aidilfitri Darussyifa Shah Alam 2012

Suasana ceria ketika jamuan diadakan


Masyarakat sekitar Shah Alam juga turut memeriahkan jamuan Aidilfitri yang diadakan

Antara juadah yang disediakan

Ustaz Azizan ceria menikmati hidangan

Ustaz Wan Suhaimi dan Ustaz Manaf bersama menikmati juadah 

Ustaz Haji Hanif, Ustaz Syawal & Ustaz Yaser bersama dengan anaknya

Ustaz Khairi & Ustazah Salwa sedang menikmati hidangan yang disediakan

Wednesday 25 July 2012

Pesanan Tuan Guru

Pesanan Tuan Guru untuk semua ahli Darussyifa'

Majlis Ijtima' dan bacaan al-Quran 30 Juzu', Solat Hajat & Tahlil

Alhamdulillah. Majlis Ijtima' dan bacaan al-Quran 30 Juzu', solat hajat & tahlil telah selesai dilaksanakan pada 14 Julai 2012. Semoga Allah SWT menyempurnakan dan memberkati usaha kami. Amin


Pengerusi Darussyifa' Pusat, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad menyampaikan amanat kepada para hadirin sempena Majlis Ijtima' dan Bacaan al-Quran 30 Juzu', Solat Hajat & Tahlil pada 14 Julai 2012

Karnival Hari Shapadu 2012

Kumpulan Shapadu berbesar hati menjemput semua warga Darussyifa' Shah Alam untuk sama-sama memeriahkan KARNIVAL HARI SHAPADU 2012 yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam buat kali yang ke 2.  Karnival ini akan berlangsung selama 2 hari bermula daripada 14hb – 15hb April 2012. 

Darussyifa Shah Alam telah menghantar kontinjen yang terdiri dari ahli jawatankuasa, ahli dan juga ahli keluarga masing-masing bagi mewakili Darussyifa' Shah Alam dalam semua pertandingan yang diadakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kontinjen Darussyifa' Shah Alam menyertai pasukan Merah

Pengerusi Darussyifa dan ahli jawatankuasanya sedang berkawat di perarakan perasmian karnival

Para perawat Darussyifa' Shah Alam yang menyertai perarakan Karnival Hari Shapadu 2012

Tidak ketinggalan, acara sukaneka juga disertai oleh wakil Darussyifa' Shah Alam

Ketika sukaneka, pasukan Darussyifa' Shah Alam bertukar menjadi pasukan biru

Kalah menang adat pertandingan, yang penting badan sihat serta minda cerdas





Tuesday 24 July 2012

Pemasangan Papan Tanda Darussyifa' Shah Alam

Papan tanda ke Darussyifa' Shah Alam telah dipasang bagi memudahkan orang ramai datang ke Darussyifa' Shah Alam.  Semoga ia akan membantu dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah dan usaha menyedarkan masyarakat agar meninggalkan perkara-perkara syirik dan maksiat kepada bergantung hanya kepada Allah s.w.t.
Papan tanda bahagian tepi pagar Darussyifa' Shah Alam

Papan tanda di bahagian pintu masuk utama Darussyifa' Shah Alam

Papan tanda di simpang empat seksyen 11 Shah Alam

Papan tanda tunjuk arah belok ke kiri untuk ke Darussyifa' Shah Alam

Majlis Perasmian Darussyifa' Shah Alam

Perasmian Darussyifa' Shah Alam telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dr. Haron Din pada 23 Oktober 2011 bersamaan 25 Zulkaedah 1432.


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menyampaikan cenderahati kepada Encik Shafiz, dermawan yg mewakili adik beradiknya yg menyerahkan rumah milik almarhum ayahanda mereka Datuk Hj. Shahrani untuk diurus tadbir sebagai Pusat Rawatan Islam Darusyyifa' Shah Alam


Perasmian Darussyifa' Shah Alam telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 23 Oktober 2011 bersamaan 25 Zulkaedah 1432

No. 1, Jalan Silat 11/3, Seksyen 11, 40000 Shah Alam

Dari Kiri: En Shafiz b. Datuk Hj. Shahrani (Pengarah Urusan Shapadu), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Pengasas dan Penasihat Darussyifa'), Ust Farhan Wijaya (Pengerusi Darussyifa' Shah Alam), Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad (Pengerusi Darussyifa' Pusat)
 Papan tanda Perasmian Darussyifa' Shah Alam yang disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Keratan Akhbar Sinar Harian : Perasmian Darussyifa' Shah Alam yang disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Pengasas dan Penasihat Darussyifa') sambil diperhatikan oleh En Shafiz b. Datuk Hj. Shahrani (Pengarah Urusan Shapadu).