Wednesday 25 July 2012

Pesanan Tuan Guru

Pesanan Tuan Guru untuk semua ahli Darussyifa'

Majlis Ijtima' dan bacaan al-Quran 30 Juzu', Solat Hajat & Tahlil

Alhamdulillah. Majlis Ijtima' dan bacaan al-Quran 30 Juzu', solat hajat & tahlil telah selesai dilaksanakan pada 14 Julai 2012. Semoga Allah SWT menyempurnakan dan memberkati usaha kami. Amin


Pengerusi Darussyifa' Pusat, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad menyampaikan amanat kepada para hadirin sempena Majlis Ijtima' dan Bacaan al-Quran 30 Juzu', Solat Hajat & Tahlil pada 14 Julai 2012

Karnival Hari Shapadu 2012

Kumpulan Shapadu berbesar hati menjemput semua warga Darussyifa' Shah Alam untuk sama-sama memeriahkan KARNIVAL HARI SHAPADU 2012 yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam buat kali yang ke 2.  Karnival ini akan berlangsung selama 2 hari bermula daripada 14hb – 15hb April 2012. 

Darussyifa Shah Alam telah menghantar kontinjen yang terdiri dari ahli jawatankuasa, ahli dan juga ahli keluarga masing-masing bagi mewakili Darussyifa' Shah Alam dalam semua pertandingan yang diadakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kontinjen Darussyifa' Shah Alam menyertai pasukan Merah

Pengerusi Darussyifa dan ahli jawatankuasanya sedang berkawat di perarakan perasmian karnival

Para perawat Darussyifa' Shah Alam yang menyertai perarakan Karnival Hari Shapadu 2012

Tidak ketinggalan, acara sukaneka juga disertai oleh wakil Darussyifa' Shah Alam

Ketika sukaneka, pasukan Darussyifa' Shah Alam bertukar menjadi pasukan biru

Kalah menang adat pertandingan, yang penting badan sihat serta minda cerdas





Tuesday 24 July 2012

Pemasangan Papan Tanda Darussyifa' Shah Alam

Papan tanda ke Darussyifa' Shah Alam telah dipasang bagi memudahkan orang ramai datang ke Darussyifa' Shah Alam.  Semoga ia akan membantu dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah dan usaha menyedarkan masyarakat agar meninggalkan perkara-perkara syirik dan maksiat kepada bergantung hanya kepada Allah s.w.t.
Papan tanda bahagian tepi pagar Darussyifa' Shah Alam

Papan tanda di bahagian pintu masuk utama Darussyifa' Shah Alam

Papan tanda di simpang empat seksyen 11 Shah Alam

Papan tanda tunjuk arah belok ke kiri untuk ke Darussyifa' Shah Alam

Majlis Perasmian Darussyifa' Shah Alam

Perasmian Darussyifa' Shah Alam telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dr. Haron Din pada 23 Oktober 2011 bersamaan 25 Zulkaedah 1432.


Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menyampaikan cenderahati kepada Encik Shafiz, dermawan yg mewakili adik beradiknya yg menyerahkan rumah milik almarhum ayahanda mereka Datuk Hj. Shahrani untuk diurus tadbir sebagai Pusat Rawatan Islam Darusyyifa' Shah Alam


Perasmian Darussyifa' Shah Alam telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 23 Oktober 2011 bersamaan 25 Zulkaedah 1432

No. 1, Jalan Silat 11/3, Seksyen 11, 40000 Shah Alam

Dari Kiri: En Shafiz b. Datuk Hj. Shahrani (Pengarah Urusan Shapadu), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Pengasas dan Penasihat Darussyifa'), Ust Farhan Wijaya (Pengerusi Darussyifa' Shah Alam), Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad (Pengerusi Darussyifa' Pusat)
 Papan tanda Perasmian Darussyifa' Shah Alam yang disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Keratan Akhbar Sinar Harian : Perasmian Darussyifa' Shah Alam yang disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Pengasas dan Penasihat Darussyifa') sambil diperhatikan oleh En Shafiz b. Datuk Hj. Shahrani (Pengarah Urusan Shapadu).