Majlis Zikir

Majlis Zikir merupakan aktiviti mingguan yang diadakan di Darussyifa' seluruh Malaysia termasuk juga Darussyifa' Shah Alam. Di Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Shah Alam, hari sabtu telah dipilih sebagai hari diadakan Majlis Zikir bagi ahli Darussyifa' dan orang ramai di Shah Alam.

Majlis ini bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiaanya diikuti dengan solat sunat Rawatib. Kemudian diikuti dengan solat Hajat (bagi hadirin yang berhajat) dan juga bacaan surah Yasin secara berjemaah. Setelah selesai bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan bacaan 33 Ruqyah Asas Pengubatan Islam secara berjemaah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan rangkaian zikir-zikir terpilih bagi memohon keberkatan, kekuatan mental dan fizikal kepada para perawat dan juga memohon penyembuhan bagi para pesakit di Darussyifa' Shah Alam. Setelah selesai, solat Isyak berjemaah didirikan dan diakhiri dengan doa.

Jamuan ringkas disediakan (oleh para hadirin) setelah selesai Majlis Zikir serta persiapan untuk membuka klinik Rawatan Pengubatan Islam Darussyifa' Shah Alam keesokan harinya dibuat secara bergotong royong.

Semua muslimin dan muslimat di Shah Alam dan kawasan sekitarnya adalah dijemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Zikir yang dianjurkan oleh Darussyifa' Shah Alam ini. Mohon juga kepada semua pihak agar menghebahkan Majlis Zikir ini untuk kebaikan kita bersama.



Majlis Zikir dipimpin oleh Pengerusi Darussyifa' Shah Alam, Al-Fadhil Ustaz Farhan Wijaya


Para jemaah muslimat juga turut serta dalam Majlis Zikir di Darussyifa' Shah Alam




No comments:

Post a Comment