Sunday 10 November 2013

Perkhidmatan Tambahan Hari Sabtu

Setelah melangkaui dua tahun kewujudan Pusat Rawatan Islam Darussyifa di cawangan Shah Alam,bermula 7 Disember 2013,Pusat Rawatan Islam Darusyyifa Shah Alam akan menambah waktu perkhidmatan klinik rawatan iaitu setiap petang Sabtu bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang selain mengekalkan masa perkhidmatan pada Ahad dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.


Friday 10 May 2013

Program Khidmat Masyarakat di Arau,Perlis (2-4 Mei 2013)

Bersempena dengan PRU13 yang lepas,perawat Darussyifa Shah Alam telah mengadakan program khidmat masyarakat di Arau,Perlis.
Perawat Darussyifa Shah Alam telah dibahagikan kepada tiga lokasi untuk menjayakan program ini iaitu di
1)Sanglang
2)Tambung Tulang
3)Simpang Empat

Khidmat masyarakat ini telah mendapat sambutan dari penduduk sekitar.




Antara banner yang diletakkan dilokasi
Barisan perawat Darussyifa Shah Alam yang
sedia berkhidmat
Ustaz Solahuddin,Ustaz Manaf dan Ustaz Wan khusyuk mendengar
taklimat dari ketua
Para2 Ustazah sedang membincangkan tugasan yang akan dilakukan
Suasana lokasi progam khidmat masyarakat
Kenangan dirumah Tuan Guru yang disayangi
Seorang yang tidak pernah mengenal penat
dalam memperjuangkan agama Islam

Monday 11 March 2013

Kelas Pengajian Al-Quran (Talaqqi Al-Quran & IQRA')


Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Shah Alam 
menganjurkan

Kelas Pengajian Al-Quran (Talaqqi Al-Quran & IQRA')




Borang penytertaan boleh didapati disini




Thursday 14 February 2013

Majlis Kesyukuran & Ulang Tahun Pertama Darussyifa' Shah Alam (Video)

Tayangan video sempena Majlis Kesyukuran & Ulang Tahun Pertama Darussyifa' Shah Alam telah diadakan pada 21 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 2 Februari 2013 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.


Saturday 2 February 2013

Majlis Kesyukuran & Ulang Tahun Pertama Darussyifa' Shah Alam


Majlis Kesyukuran & Ulang Tahun Pertama Darussyifa' Shah Alam telah diadakan pada 21 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 2 Februari 2013 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan keluarga, Yang Berbahagia En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan keluarga, Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad selaku Pengerusi Darussyifa' Malaysia bersama-sama barisan Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Pusat.

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas khusus untuk Al-Marhum Tuan Haji Shahrani yang dipimpin oleh pengerusi Darussyifa' Shah Alam, al-Fadhil Ustaz Farhan Wijaya dan kemudian diteruskan dengan ucapan aluan dari beliau selaku pengerusi DSSA. Majlis kemudian diteruskan dengan Amanat Tuan Guru Dato' Dr Haron Din khusus untuk Ahli Jawatankuasa dan para perawat Darussyifa' Shah Alam. Sesi soal jawab juga dibuka kepada hadirin serta tayangan montaj khas smpena ulang tahun pertama Darussyifa' Shah Alam.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Yang Berbahagia En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad. Akhir sekali, satu sesi bergambar kenang-kenagan diadakan melibatkan semua hadirin dan ianya pasti menjadi kenangan yang terindah kepada para Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Shah Alam.

Kami di pihak Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Shah Alam mengucapkan Alhamdulillah & jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas kesudian untuk hadir dalam majlis yang diadakan ini. Segala yang baik itu dari Allah SWT dan kekurangan serta kelemahan adalah dari pihak kami. Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar dan mampu untuk diadakan lagi di tahun hadapan inshaAllah.

Antara mutiara hikmah & nasihat Tuan Guru kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Shah Alam