Tayangan video sempena Majlis Kesyukuran & Ulang Tahun Pertama Darussyifa' Shah Alam telah diadakan pada 21 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 2 Februari 2013 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.
Majlis Kesyukuran & Ulang Tahun Pertama Darussyifa' Shah Alam telah diadakan pada 21 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 2 Februari 2013 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan keluarga, Yang Berbahagia En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan keluarga, Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad selaku Pengerusi Darussyifa' Malaysia bersama-sama barisan Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Pusat.
Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas khusus untuk Al-Marhum Tuan Haji Shahrani yang dipimpin oleh pengerusi Darussyifa' Shah Alam, al-Fadhil Ustaz Farhan Wijaya dan kemudian diteruskan dengan ucapan aluan dari beliau selaku pengerusi DSSA. Majlis kemudian diteruskan dengan Amanat Tuan Guru Dato' Dr Haron Din khusus untuk Ahli Jawatankuasa dan para perawat Darussyifa' Shah Alam. Sesi soal jawab juga dibuka kepada hadirin serta tayangan montaj khas smpena ulang tahun pertama Darussyifa' Shah Alam.
Majlis diteruskan dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Yang Berbahagia En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad. Akhir sekali, satu sesi bergambar kenang-kenagan diadakan melibatkan semua hadirin dan ianya pasti menjadi kenangan yang terindah kepada para Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Shah Alam.
Kami di pihak Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Shah Alam mengucapkan Alhamdulillah & jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas kesudian untuk hadir dalam majlis yang diadakan ini. Segala yang baik itu dari Allah SWT dan kekurangan serta kelemahan adalah dari pihak kami. Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar dan mampu untuk diadakan lagi di tahun hadapan inshaAllah.
Antara mutiara hikmah & nasihat Tuan Guru kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Shah Alam
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Silaturrahim Aidilfitri Darussyifa' Shah Alam 2012 diadakan pada hari Ahad, 2 September 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433, bertempat di perkarangan Darussyifa' Shah Alam.
Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta keluarga, En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan keluarga, Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Pusat, Ahli Jawatankuasa Darussyifa Shah Alam, serta muslimin & muslimat sekitar Darussyifa' Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan kemudiannya diikuti dengan Tahlil yang juga dipimpin oleh Tuan Guru. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan diakhiri dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara jamuan makan. Alhamdulillah majlis yang diadakan berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.
Pihak Darussyifa' Shah Alam merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta keluarga, En. Shafiz Dato' Haji Shahrani dan keluarga, Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Pusat serta muslimin & muslimat sekitar Darussyifa' Shah Alam diatas kesudian untuk menghadiri majlis yang dianjurkan ini. Semoga majlis yang diadakan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Ustaz Manaf ceria menantikan sate siap dibakar
Ustaz Wan Suhaimi & Ustaz Manaf mula mengambil hidangan
Ustaz Haji Hanif juga tidak ketinggalan untuk menjamu selera
Rombongan Darussyifa' Pusat sedang menjamu selera
Para AJK Darussyifa' Pusat sedang menikmati hidangan
Tuan Guru bersama En. Shafiz serta AJK Darussyifa Pusat sedang menikmati hidangan
Tuan Guru serta Rombongan Darussyifa' Pusat menikmati hidangan di meja VVIP
Jamuan yang disediakan dinimati bersama dalam suasana ukhuwwah
Tetamu jemputan muslimat juga tidak ketinggalan menikmati juadah yang disediakan
Suasana meriah sekitar jamuan Aidilfitri Darussyifa Shah Alam 2012
Suasana ceria ketika jamuan diadakan
Masyarakat sekitar Shah Alam juga turut memeriahkan jamuan Aidilfitri yang diadakan
Antara juadah yang disediakan
Ustaz Azizan ceria menikmati hidangan
Ustaz Wan Suhaimi dan Ustaz Manaf bersama menikmati juadah
Ustaz Haji Hanif, Ustaz Syawal & Ustaz Yaser bersama dengan anaknya
Ustaz Khairi & Ustazah Salwa sedang menikmati hidangan yang disediakan